Kamil bin Ziyad meriwayatkan:
"bahawa pada suatu hari Ali bin Abi Talib menarik
kedua belah tanganku, lalu aku dibawanya ke suatu tempat dan dia berkata
kepadaku: "Wahai Kamil bin Ziyad, sebaik-baik hati ialah hati yang
dipergunakan untuk mengendalikan ilmu. Ingatlah apa yang hendak aku
katakan kepadamu: setiap manusia itu berbeza, ada di antara mereka
seorang yang alim, sedangkan ilmu mereka selalu mengalami pasang surut
dan ada pula beberapa orang di antara mereka yang tekun belajar sampai
ia berhasil mencapai hajatnya, tetapi yang paling rendah ialah orang
yang bodoh. Walaupun bermacam-macam keadaan mereka, semuanya condong ke
kanan dan ke kiri apabila dihembus oleh angin. Tiada yangkuasa menyinari
perjalanan dengan pengetahuan mereka".
Seterusnya Ali menyambung lagi: "Sesungguhnya ilmu
itu lebih berharga daripada harta kekayaan, kerana bila engkau menjadi
alim, engkau akan dijaga dan dibimbingnya. Berbeza dengan hartamu,
dialah yang akan memperbudakkanmu untuk menjaganya dan melindunginya.
Ilmu merupakan pengharum amal jasa, sedangkan harta akan bertambah habis
dengan dibelanjakan. Ilmu adalah penegak keadilan dan harta
peruntuhnya".
Komentar
Posting Komentar